BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 06, 2009

LAMAN TAZKIRAH

" Orang yang berilmu itu akan sentiasa menyediakan waktunya untuk beribadah kepada Allah, kerana beribadah itu adalah ibu dari segala ketenteraman jiwa. " Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melawat blog ini.

Bersempena dengan Hari Raya Haji yang bakal tiba, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha. " Amalan yang paling disukai oleh Allah pada hari korban ialah menyembelih binatang..." riwayat oleh Tarmizi daripada Aisyah.

Korban mengajar kita supaya mendahulukan Allah dalam setiap tindakan kita seharian. Nabi Ibrahim telah diajar oleh Allah apakah makna perhambaan Allah yang sebenar yang mesti difahami oleh manusia. Oleh itu pembaca sekalian, bersempena dengan hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan perhambaan diri kepada Allah s.wt.

Kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM, muhasabahlah diri supaya menjadi insan yang berguna. Jangan lupa untuk mengingati Allah walaupun terlampau sibuk mengulangkaji pelajaran. Akhir kata, semoga berjaya!

Kepada calon PMR semoga kejayaan sentiasa bersama-sama anda............

0 comments: